Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini. Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit. Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.
No comments:
Post a Comment